About Me

My photo
melaka, Malaysia
assingment untuk MGM1191 . kolej risda melaka . nurul suhada , nazatul atikah , rabiatul ada wiah . diploma pengurusan perniagaan sem 2 . apa itu cinta ? satu jiwa dua hati ? sakit dan manisnya cinta ? apa ada dengan cinta tuhan ? apa ada dengan cinta manusia ? apa ada dengan cinta mahluk ? hayatilah blogger kami yaa . hee ((;

Sunday, February 28, 2010

love is wonderfool

kerana cinta duri menjadi mawar.
kerana cinta cuka menjelma menjadi anggur segar.
kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar.
kerana cinta kemalangan menjadi keberuntungan.
kerana cinta penjara bagaikan tampak kedai mawar.
kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman.
kerana cinta api yang berkobar-kobar menjadi cahaya yang menyenangkan.
kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari.
kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega.
kerana cinta duka menjadi riang dan gembira.
kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat.
kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus.
kerana cinta sakit jadi sihat.
kerana cinta amarah berubah menjadi keramah-ramahan.

C I N T A

cinta datang seperti matahari ia tetap bercahaya walau malam menjelma cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia jugak gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya. cinta adalah santapan jiwa. jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus talinya. cinta itu buta. cinta tak kenal usia, paras rupa mahupun kekayaan dan harta karun tetapi ia dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. tidak semua orang yang kita cintai mencintai kita dan sikap ramah kita kadangkala dibalas dengan sikap yang tidak sopan . jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. sayang tak bermaksud cinta,suka tidak serasi dengan cinta, kagum tidak bererti cinta, bangga tidak semestinya cinta. cinta adalah cinta. cinta itu seperti sinar matahari memberi tanpa mengharap kembali. cinta itu seperti sinar matahari. tidak memilih siapa yang ia hendak sinari. cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan dihati. cinta umpama treasure hunt, cita-cita dan tujuan kita hanya satu untuk menunju ke penamat yang paling mengembirakan. namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran andainya tidak mampu meneruskan kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dikebas oleh orang lain tetapi tidak usahlah kita kecewa walaupun hadiahnya tidak kita perolehi tetapi keseronokannya kita sudah merasainya. jadi bercintalah dengan sepenuh hati. cinta perlukan kejujuran dan pengorbanan tanpa itu semua apalah ertinya cinta. namun jangan letakkan harapan yang terlalu tingggi kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan terlalu payah untuk dilupakan. namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan. walau bukan itu matlamat dalam setiap pencintaan. kadangkala orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya pada kita kerana orang itu takut kita berpaling dan menjauhinya dan bila disuatu masa ia hilang dari pandangan kita, kita akan menyedari dia adalah cinta sejati kita. kadang-kadang kita tidak pernah menyedari cinta hilang dari pandangan apabila ia sudah pergi jauh barulah kita menyedari dia adalah cinta yang kita tidak pernah sedari. cinta sesuatu yang indah, cinta boleh buat kita menjadi gundah kadangkala cinta membuat hati kita berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tidak sudah.

l . o . v . e

ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan.ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia? sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku di masa kini, sehingga ramai insan di muka bumi ini dalanda kekecewaan dan ada yang paling menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita saling mengambil amanat dan tanggungjawab pasangan kita untuk menjadikan dirinya hanya satu di hati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.alangkah sedihnya apabila amanat dan tanggungjawab yang seharusnya kita jaga itu tidak kita tunaikannya?tidakkah ia sama dengan penipuan?jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk memberikanya sepenuh hati.