About Me

My photo
melaka, Malaysia
assingment untuk MGM1191 . kolej risda melaka . nurul suhada , nazatul atikah , rabiatul ada wiah . diploma pengurusan perniagaan sem 2 . apa itu cinta ? satu jiwa dua hati ? sakit dan manisnya cinta ? apa ada dengan cinta tuhan ? apa ada dengan cinta manusia ? apa ada dengan cinta mahluk ? hayatilah blogger kami yaa . hee ((;

Sunday, February 28, 2010

C I N T A

cinta datang seperti matahari ia tetap bercahaya walau malam menjelma cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia jugak gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya. cinta adalah santapan jiwa. jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus talinya. cinta itu buta. cinta tak kenal usia, paras rupa mahupun kekayaan dan harta karun tetapi ia dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. tidak semua orang yang kita cintai mencintai kita dan sikap ramah kita kadangkala dibalas dengan sikap yang tidak sopan . jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. sayang tak bermaksud cinta,suka tidak serasi dengan cinta, kagum tidak bererti cinta, bangga tidak semestinya cinta. cinta adalah cinta. cinta itu seperti sinar matahari memberi tanpa mengharap kembali. cinta itu seperti sinar matahari. tidak memilih siapa yang ia hendak sinari. cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan dihati. cinta umpama treasure hunt, cita-cita dan tujuan kita hanya satu untuk menunju ke penamat yang paling mengembirakan. namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran andainya tidak mampu meneruskan kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dikebas oleh orang lain tetapi tidak usahlah kita kecewa walaupun hadiahnya tidak kita perolehi tetapi keseronokannya kita sudah merasainya. jadi bercintalah dengan sepenuh hati. cinta perlukan kejujuran dan pengorbanan tanpa itu semua apalah ertinya cinta. namun jangan letakkan harapan yang terlalu tingggi kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan terlalu payah untuk dilupakan. namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan. walau bukan itu matlamat dalam setiap pencintaan. kadangkala orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya pada kita kerana orang itu takut kita berpaling dan menjauhinya dan bila disuatu masa ia hilang dari pandangan kita, kita akan menyedari dia adalah cinta sejati kita. kadang-kadang kita tidak pernah menyedari cinta hilang dari pandangan apabila ia sudah pergi jauh barulah kita menyedari dia adalah cinta yang kita tidak pernah sedari. cinta sesuatu yang indah, cinta boleh buat kita menjadi gundah kadangkala cinta membuat hati kita berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tidak sudah.

No comments:

Post a Comment